Popular Posts

Thursday 26 May 2011

PeNiLaiAn TeNTaNg ManuSIa


menilai hanya kerana Allah.

Jangan Menilai Seseorang Hanya dengan Penglihatanmu sekarang 

Suatu saat mungkin engkau melihat seseorang tidak berkelakuan baik seperti yang kau fikirkan dan harapkan. Lalu engkau menilainya buruk, tidak berperikemanusiaan, tidak memiliki simpati dan empati seperti yang kau bayangkan. Bahkan mungkin engkau merasa lebih baik darinya, kerana di saat itu engkau merasakan kau  membuat baik ketika ia tidak.
Berhati-hatilah…. engkau mungkin sedang tertipu… Bahkan engkau mungkin sedang salah menilai seseorang. Jika engkau menilainya hanya dengan apa yang kaulihat sekarang, maka akuilah bahwa engkau pun sering tidak berbuat baik ketika orang-orang lain melakukannya. Dan sebagian dari keadaan tertentu menyebabkam engkau  untuk tidak berbuat baik.
Misalnya kerana engkau sedang tidak mampu melakukannya, atau rezekimu sedang ditahan Tuhan, atau tanganmu tidak sedang memegang peluang, atau engkau memang tidak tahu bahawa saat itu seharusnya engkau berbuat baik kepada orang lain, atau mungkin engkau sedang merencanakan sebuah kebaikan yang tidak diperkirakan orang…
Dan saat itu, ketika engkau tidak berbuat baik tersebut, engkau berusaha memaafkan dirimu, dan membenarkan pilihan tindakanmu… Padahal, mungkin orang-orang yang melihatmu menilaimu dengan buruk. Tentu hatimu tidak menerima penilaian mereka, karena sesungguhnya engkau tidak seburuk yang mereka kira. Namun sayangnya, itulah yang mereka melihat darimu…
Penilaian sangat Susah dan mencabar
Maka, jika engkau tidak mau dinilai hanya dari apa yang mereka lihat darimu sekarang, maka janganlah menilai seseorang hanya berdasarkan penglihatanmu sekarang… Cobalah ingat-ingat, mungkin beberapa waktu atau hari yang lalu ia telah banyak berbuat baik ketika engkau justru tidak. Dan ia memaafkanmu, memaklumimu…
Penglihatan itu terbatas. Dan tidak setiap kebenaran bisa terlihat oleh pandangan. Penglihatan memang dibutuhkan untuk menyaksikan kebenaran. Tetapi kebenaran tidak selalu muncul dalam penglihatan….
Maka bersabarlah menilai seseorang… Ketergesaanmu memutuskan penilaian, akan menghijab matamu dari kebenaran…
Bandung, 28 Agustus 2010
Ashoff Murtadha
lukisan sesuatu yang sangat subjektif dalam penilaian
Dalam peribahasa inggeris menyatakan "don't judged book By Cover" dan perpatah melayu menyatakan "tidak kenal maka tidak cinta"  2 perpatah ini sering kita gunakan untuk menunjukkan penilaian seseorang itu buat kali pertama mungkin akan berlaku kesilapan. oleh sebab itu penilaian pertama mungkin hanya sekadar menjadi penanda aras kepada sesuatu penilaian. tetapi sebelum kita membuat penilaian kita hendaklah memahami keadaan  dan situasi seseorang itu.. Melihat tidak sama dengan merasa, merasa tidak sama dengan memikul, setiap orang ada peranan masing-masing  dalam kehidupan ini. kita perlu saling tolong menolong, memahami, bersatu, berkerjasama. dan yang paling penting hilangkan sifat menilai buruk kepada seseorang....... setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.. kita manusia hanya tahu merancang , hanya tuhan sahaja yang menentukannya.. setiap yang baik dan buruk pasti ada hikmah.. tugas kita hanya mencari setiap kebaikan dalam kehidupan......


Friday 20 May 2011

Thank You ALLAH

Thank You Allah Lyrics



Add caption
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.


Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.


I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Alhamdulillah…


Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope…I wanna thank You for bringing me home


Alhamdulillah, Alhamdulillah…


MEMBACA LIrik lagu maher zain ini menunjukkan bertapa besarnya kuasa Allah.... aku berserah kepadamu YA ALLAH berilah aku pertunjuk  dijalan yag diredhaiMU.. aku bersyukur dilahirkan dalam Kebesaran Islam. ketenangan yang di cari hanya diperolehi apabila kita berserah kepadaNYA 

Tuesday 10 May 2011

Hobiku Di zaman SEKOLAH

Hobi merupakan satu tabiat yang sering kita lakukan dalam kehidupan ini, hobi juga merupakan satu aktiviti yang digemari oleh setiap manusia. Walaupun kita sedar ataupun tidak  hobi boleh dikelaskan dalam perbagai bentuk dan cara. Hobi bagi setiap manusia adalah berbeza mengikut tahap kesukaan,pengaruh,latar belakang,pendidikan dan kemampuan.

Apakah hobi anda? soalan itu mungkin popular ditanya kepada kita, waktu dibangku persekolahan, Guru dan kawan-kawan sering bertanya apakah hobi kita? dan pelbagai jawapan akan kita dengan dari setiap orang, hal ini kerana setiap orang didalam muka bumi ini dijadikan berbeza antara satu sama lain dan setiap orang ada keistimewaan tersendiri. adakah kita sedar hobi yang kita lakukan sewaktu kecil akan berterusan sehingga kita dewasa, walaupun ada kemungkinan  hobi akan sentiasa berubah mengikut persekitaran, masa dan juga faktor-faktor lain,  hobi adalah tetap hobi hal ini kerana seseorang akan cenderung untuk melakukan sesuatu yang mereka minati tanpa paksaan dan juga tekanan, hobi boleh memberikan banyak faedah kepada seseorang tetapi ada juga hobi yang membawa kepada keburukkan...

Mendaki Gunung Liang 
hobi pertama ku diwaktu persekolahan adalah hadir ke aktiviti kokurikulum pada setiap hujung minggu di sekolah, diwaktu itu aku masih tidak mengerti ape2 pasal hobi, cuma aku tau aku sukakan sekolah, aku sentiasa mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. istilah bosan dengan aktiviti kokurikulum tidak ada langsung,cikgu disekolah ku selalu bertanya ' saofiean, apakah hobi kamu? aku selalu menjawab memancing, berkelah,mengumpul setem,tengok TV dan banyaklah lagi..tetapi  itu cuma mungkin satu jawapan yang hanya untuk menjawab persoalan seorang guru.

Kursus Pembantu Mahasiswa
Hari ini aku semakin sedar hobiku yang sebenar,  di waktu sekolah rendah, aku gemar menghadiri aktiviti kokurikulum disekolah, tidak kiralah ia berbentuk kelab,Persatuan ataupun sukan, aku akan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. aku masih ingat lagi satu kejadian dimana kelasku di bahagikan kepada 2 kumpulan, dan kami akan hadir kesekolah 2 minggu sekali untuk membuat aktiviti kokurikulum, tetapi akibat daripada hobiku yang pertama ini, , menyebabkn hampir setiap minggu aku akan datang ke sekolah, walaupun minggu itu bukan giliran kumpulan ku. oleh sebab itu hampir semua cikgu dah mengenaliku. nasib baiklah mereka tidak menghalau aku daripada menyertai aktiviti minggu tersebut. aktiviti kokurikulum memberikan aku kepuasan dalam memenuhi masa lapangku dan juga, aku mempelajari erti sebenar persahabatan.

(aktiviti yang tak akan dilupakan)
Hobiku yang kedua di alam persekolahan adalah menyertai aktiviti dan program lasak, seperti mendaki gunung, berkhemah, marathon dan juga berbasikal. Pada waktu itu aku sering mengikuti perkembangan pendakian menawan puncak everest  97 memberikan sumber inpirasi kepada ku. Pada usia 14 tahun aku dah berjaya mendaki puncak gunung ledang bersama dengan kawan2ku yang lebih senior.aku juga selalu berkhemah, menyertai aktiviti lasak dan menyertai aktiviti marhton dan paling aku ingat adalah aktiviti berbasikal dimana aku dan kawan-kawanku selalu kuar di waktu malam dengan menaiki basikal meronda sekitar bandar batu pahat untuk melihat gelagat manusia.

 Dan diwaktu alam persekolahan juga aku mempunyai hobi yang agak nakal sedikit iaitu,  suka duduk melepak di bustand batu pahat selepas pulang dari sekolah. hobi melepak ini kami lakukan pada ketika aku di tingkatan empat yang mana dikatakan waktu HoneymOON  bagi kami. kami akan duduk melepak dan berjumpa dengankawan-kawan dari sekolah lain, bersembang, mengumpat dan lepak dikedai-kedai makan didalam bastand tapi kami tidak akan menggangu orang lain. selepa puas melepak barulah kami akan pulang kerumah. hobi ini memberi aku seribu  Kenangan yang sukar untuk dilupakan dan banyak memberikan pengajaran.

Satu lagi hobi  dizaman persekolahan adalah melepak bersama kawan2 di emporium summit waktu ketika itu,
hobi nie kami selalu lakukan diwaktu hujung minggu selepas habis program aktiviti disekolah , waktu nielah biasanya nak berkenalan dengan ramai orang terutama kawan2 perempuan dari sekolah lain. masih ingat lagi akibat daripada hobi nie aku selalu disindir oleh ahli keluargaku,  sindiran yang sangat sweet,. 'angah dah tak nampak pintu rumah ke"  kata ibu kepada ku , waktu itu aku hanya mampu tersenyum. aku sedar sindiran itu membawa seribu makna yang mendalam.

        (kelab fasilitator)
Ramai dikalangan kawan-kawanku mengemari hobi bermain game play station dan game komputer., aku kurang dalam bab-bab macamni aku lebih gemarkan aktiviti luar. tetapi tidak bermakan aku tidak pernah bermain game, dalam persahabatan kita kena pandai menyesuaikan diri.dengan semua keadaan. Hobi yang seterusnya dizaman persekolahan adalah membaca buku. hobi ini terbit ketika aku  hampir mengakhiri  zaman persekolahan .

 Ketika di tingkatan enam aku sedar aku perlu banyak membaca untuk menambahkan ilmu pengetauhan dan mulai saat itu aku dah mula untuk mencari buku-buku yang berjaya menarik minatku. antara buku kegemaran ku adalah membaca buku-buku motivasi. melalui buku banyak perkara yang aku pelajari. Ingat lagi semasa di tingkatan enam kami tiada buku rujukan utama, oleh sebab itu aku perlu membaca banyak buku untuk mendapatkan kefahaman yang berbeza.dari situlah minat dan hobiku untuk membaca bertambah, walaupun agak pelik bagi sesetengah orang kerana sepatutnya hobi membaca perlu ditanam dan dipupuk sewaktu kecil lagi.tapi bagi aku hobi perlu dilakukan dengan keikhlasan dari hati dan bukan secara paksaan tidak kiralah bila-bila pun masanya...  bila terbit kemahuan disitu akan wujud jalannya. aku tertarik dengan satu petikan didalam buku La Tahzan @ jangan bersedih tulisan DR. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni  yang mengatakan sebaik-baik teman sejati adalah BUKU.

Buku yang paling Memberi kesan 
Kebanyakkan  hobiku di zaman sekolah masih aku teruskan di Alam menara gading dan di tempat kerja. kadang-kadang  bila di fikirkan pasal hobi aku rasa terlalu banyak hobi mempengaruhi kehidupan ku, hobi adalah tempat untuk aku menzahirkan segalanya dalam kehidupanku.Pilihlah hobi yang membawa anda ke alam yang memberikan anda satu kenikmatan dalam kehidupan, penuhi masa dengan hobi yang membawa faedah kepada diri,.keluarga, agama dan masyarakat.


Monday 9 May 2011

Permulaan dalam MenGGapai HaRaPan.

Keberanian menggapai harapan adalah satu platform untuk diriku berkongsi pengalaman dan juga pengetauhan didalam kehidupan sesama manusia. Platform ini memberi peluang yang baik untuk diriku yang cuba meluahkan buah fikiran,pendapat ,idea dan juga perasaan dalam bentuk tulisan yang boleh dibaca oleh rang lain, perkonsian ini adalah pengalaman yang berlaku dalam apa jua  keadaan yang terjadi sepanjang kehidupan ku,

 ketika peredaran masa terus berlalu seiring dengan perkembangan teknologi, pemikiran manusia semakin maju dalam usaha menggapai harapan, inilah permulaan kepada diriku untuk mencuba satu permulaan yang baru dalam hidup. semoga platform ini dapat memberikan , kekuatan dan juga pengalaman yang bermakna dalam hidupku.



seperti kata bijak pandai dalam mencapai ape jua kejayaan kita kene mulakan dengan langkah pertama, inilah langkah pertama dalam diriku untuk menggapai harapan masa depan, semoga blog ini memberikan anda sesuatu dalam pengkonsian kehidupan kita bersama.. MSB 10/5/11..