Popular Posts

Tuesday 10 May 2011

Hobiku Di zaman SEKOLAH

Hobi merupakan satu tabiat yang sering kita lakukan dalam kehidupan ini, hobi juga merupakan satu aktiviti yang digemari oleh setiap manusia. Walaupun kita sedar ataupun tidak  hobi boleh dikelaskan dalam perbagai bentuk dan cara. Hobi bagi setiap manusia adalah berbeza mengikut tahap kesukaan,pengaruh,latar belakang,pendidikan dan kemampuan.

Apakah hobi anda? soalan itu mungkin popular ditanya kepada kita, waktu dibangku persekolahan, Guru dan kawan-kawan sering bertanya apakah hobi kita? dan pelbagai jawapan akan kita dengan dari setiap orang, hal ini kerana setiap orang didalam muka bumi ini dijadikan berbeza antara satu sama lain dan setiap orang ada keistimewaan tersendiri. adakah kita sedar hobi yang kita lakukan sewaktu kecil akan berterusan sehingga kita dewasa, walaupun ada kemungkinan  hobi akan sentiasa berubah mengikut persekitaran, masa dan juga faktor-faktor lain,  hobi adalah tetap hobi hal ini kerana seseorang akan cenderung untuk melakukan sesuatu yang mereka minati tanpa paksaan dan juga tekanan, hobi boleh memberikan banyak faedah kepada seseorang tetapi ada juga hobi yang membawa kepada keburukkan...

Mendaki Gunung Liang 
hobi pertama ku diwaktu persekolahan adalah hadir ke aktiviti kokurikulum pada setiap hujung minggu di sekolah, diwaktu itu aku masih tidak mengerti ape2 pasal hobi, cuma aku tau aku sukakan sekolah, aku sentiasa mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. istilah bosan dengan aktiviti kokurikulum tidak ada langsung,cikgu disekolah ku selalu bertanya ' saofiean, apakah hobi kamu? aku selalu menjawab memancing, berkelah,mengumpul setem,tengok TV dan banyaklah lagi..tetapi  itu cuma mungkin satu jawapan yang hanya untuk menjawab persoalan seorang guru.

Kursus Pembantu Mahasiswa
Hari ini aku semakin sedar hobiku yang sebenar,  di waktu sekolah rendah, aku gemar menghadiri aktiviti kokurikulum disekolah, tidak kiralah ia berbentuk kelab,Persatuan ataupun sukan, aku akan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. aku masih ingat lagi satu kejadian dimana kelasku di bahagikan kepada 2 kumpulan, dan kami akan hadir kesekolah 2 minggu sekali untuk membuat aktiviti kokurikulum, tetapi akibat daripada hobiku yang pertama ini, , menyebabkn hampir setiap minggu aku akan datang ke sekolah, walaupun minggu itu bukan giliran kumpulan ku. oleh sebab itu hampir semua cikgu dah mengenaliku. nasib baiklah mereka tidak menghalau aku daripada menyertai aktiviti minggu tersebut. aktiviti kokurikulum memberikan aku kepuasan dalam memenuhi masa lapangku dan juga, aku mempelajari erti sebenar persahabatan.

(aktiviti yang tak akan dilupakan)
Hobiku yang kedua di alam persekolahan adalah menyertai aktiviti dan program lasak, seperti mendaki gunung, berkhemah, marathon dan juga berbasikal. Pada waktu itu aku sering mengikuti perkembangan pendakian menawan puncak everest  97 memberikan sumber inpirasi kepada ku. Pada usia 14 tahun aku dah berjaya mendaki puncak gunung ledang bersama dengan kawan2ku yang lebih senior.aku juga selalu berkhemah, menyertai aktiviti lasak dan menyertai aktiviti marhton dan paling aku ingat adalah aktiviti berbasikal dimana aku dan kawan-kawanku selalu kuar di waktu malam dengan menaiki basikal meronda sekitar bandar batu pahat untuk melihat gelagat manusia.

 Dan diwaktu alam persekolahan juga aku mempunyai hobi yang agak nakal sedikit iaitu,  suka duduk melepak di bustand batu pahat selepas pulang dari sekolah. hobi melepak ini kami lakukan pada ketika aku di tingkatan empat yang mana dikatakan waktu HoneymOON  bagi kami. kami akan duduk melepak dan berjumpa dengankawan-kawan dari sekolah lain, bersembang, mengumpat dan lepak dikedai-kedai makan didalam bastand tapi kami tidak akan menggangu orang lain. selepa puas melepak barulah kami akan pulang kerumah. hobi ini memberi aku seribu  Kenangan yang sukar untuk dilupakan dan banyak memberikan pengajaran.

Satu lagi hobi  dizaman persekolahan adalah melepak bersama kawan2 di emporium summit waktu ketika itu,
hobi nie kami selalu lakukan diwaktu hujung minggu selepas habis program aktiviti disekolah , waktu nielah biasanya nak berkenalan dengan ramai orang terutama kawan2 perempuan dari sekolah lain. masih ingat lagi akibat daripada hobi nie aku selalu disindir oleh ahli keluargaku,  sindiran yang sangat sweet,. 'angah dah tak nampak pintu rumah ke"  kata ibu kepada ku , waktu itu aku hanya mampu tersenyum. aku sedar sindiran itu membawa seribu makna yang mendalam.

        (kelab fasilitator)
Ramai dikalangan kawan-kawanku mengemari hobi bermain game play station dan game komputer., aku kurang dalam bab-bab macamni aku lebih gemarkan aktiviti luar. tetapi tidak bermakan aku tidak pernah bermain game, dalam persahabatan kita kena pandai menyesuaikan diri.dengan semua keadaan. Hobi yang seterusnya dizaman persekolahan adalah membaca buku. hobi ini terbit ketika aku  hampir mengakhiri  zaman persekolahan .

 Ketika di tingkatan enam aku sedar aku perlu banyak membaca untuk menambahkan ilmu pengetauhan dan mulai saat itu aku dah mula untuk mencari buku-buku yang berjaya menarik minatku. antara buku kegemaran ku adalah membaca buku-buku motivasi. melalui buku banyak perkara yang aku pelajari. Ingat lagi semasa di tingkatan enam kami tiada buku rujukan utama, oleh sebab itu aku perlu membaca banyak buku untuk mendapatkan kefahaman yang berbeza.dari situlah minat dan hobiku untuk membaca bertambah, walaupun agak pelik bagi sesetengah orang kerana sepatutnya hobi membaca perlu ditanam dan dipupuk sewaktu kecil lagi.tapi bagi aku hobi perlu dilakukan dengan keikhlasan dari hati dan bukan secara paksaan tidak kiralah bila-bila pun masanya...  bila terbit kemahuan disitu akan wujud jalannya. aku tertarik dengan satu petikan didalam buku La Tahzan @ jangan bersedih tulisan DR. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni  yang mengatakan sebaik-baik teman sejati adalah BUKU.

Buku yang paling Memberi kesan 
Kebanyakkan  hobiku di zaman sekolah masih aku teruskan di Alam menara gading dan di tempat kerja. kadang-kadang  bila di fikirkan pasal hobi aku rasa terlalu banyak hobi mempengaruhi kehidupan ku, hobi adalah tempat untuk aku menzahirkan segalanya dalam kehidupanku.Pilihlah hobi yang membawa anda ke alam yang memberikan anda satu kenikmatan dalam kehidupan, penuhi masa dengan hobi yang membawa faedah kepada diri,.keluarga, agama dan masyarakat.


1 comment:

  1. eyrahmas90.blogspot11 May 2011 at 02:51

    slm.. byknya kenangan manis.. tntu bestkn..hehehe.. tp x smua yg kte impikn akn jdi smpurna.. t'baik utk smua..
    agak smua kenangan t'sebut xkn hlang n stiasa t'semat dlm dri sir..

    ReplyDelete