Popular Posts

Wednesday 26 December 2012

MEmOtIvaSikan Diri,

MOTIVASI   mengikut kamus dewan adalah  keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan. motivasi sering di digunakan untuk menjadi pendorong kepada kejayaan, setakat ini semua orang yang berjaya dalam kehidupan di dunia hari ini, mereka mempunyai motivasi untuk berjaya dalam hidup mereka. sebagai contoh bagaimana mediang Lim Goh Tong membina pusat Peraginan di atas bukit yang pada masa itu dianggap mustahil dan tidak munasabah tetapi atas dorongan motivasi yang kuat dalam diri beliau, Lim goh tong hari ini membuktikan kepada dunia impian dan harapannya melihat pusat peranginan diatas bukit genting sempah berjaya. selain itu, kita juga masa kini melihat Tony fernandes dalam usaha mengembangkan perniagaan perhidmatan kapal terbang tambang Murah dalam masa yang bergitu singkat Airasia telah berjaya menjadi persaing sengit kepada syarikat airline malaysia, keberanian dalam mengampai dan mungkin contoh yang paling mudah sekali untuk difahami adalah bagaiman syed mohtar albuhary menjadi seorang jutawan dan juga beliau diantara dalam senarai 10 orang terkaya di malaysia. ia bermula dengan motivasi untuk memajukan diri dan juga mengubah kehidupan keluarga dan melalui peluang dan diberikan dan semangat juang yang tinggi menyebabkan beliau berjaya mengubah kehidupan mereka. semuanya bermula dengan motivasi diri....

Permulaan

Assalamualaikum, sudah lama membiarkan blog ini sepi dan sunyi seperti tiada tuan yang mengambil berat, rasanya mungkin terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dan juga sifat malas yang masih berleluasa didalam diri menyebabkan tiada masa untuk melihat blog ini, tetapi In sha Allah,  itu semua akan berakhir, aku aku cuba mengatasi sifat malsku didalam diri, berjanji meluangkan sedikit masa setiap hari untuk mencoretkan kehidupan untuk dikongsi oleh semua orang, bukan mengharapkan kesempurnaan tetapi mungkin sebagai latihan untuk menulis, mungkin juga sebagai media dan tempat untuk mencoretkan kenangan manis,pahit,masam,sakit dan lain lain lagi. selain itu mungkin ini adalah medium terbaik menyampai ilmu yang ingin dikongsikan bersama semua orang... In Shaa Allah, semuanya akan bermula dengan langkah pertama... keberanian menggapai Harapan  

Sunday 12 August 2012

KEHIDUPAN KITA






Kehidupan bukan satu ketentuan tetapi ia adalah pilihan.

Kehidupan bagaikan roda yang sentiasa berputar dari atas ke bawah,dari bawah ke atas.

Kehidupan menjanjikan pengalaman pahit dan manis, racun dan penawar.

Kehidupan menyediakan ruang dan peluang untuk semua orang meniti kejayaan dan kesusahan.

Kehidupan merupakan sejarah yang  menjadi ingatan dan khayalan yang dilupakan.

Kehidupan mengambil masa yang panjang untuk di bina tetapi masa yang singkat untuk diruntuhkan.

Kehidupan mencerminkan siapa kita di mata orang lain, dan siapa orang lain dimata kita.

Kehidupan perlukan sokongan dan bantuan bukan penindasan dan penipuan.

Oleh itu, nikmatilah kehidupan dengan sebaiknya.  Bukan paksaan ataupun arahan kehidupan memerlukan kita untuk membuat pilihan setiap hari,  mungkin ada yg mudah, ada yg sukar, tetapi itu semua  bergantung kepada pengalaman, pengetauhan,  pemerhatian, kebijaksanaan, perasaan,dan Iman kita. Buatlah pilihan dengan bijak, menggunakan akal fikiran yang waras dan hati yang tenang kerana ia sangat penting untuk kita dan juga  orang-orang disekeliling kita.... 


                                                                                                            MSB aug 2012