sejarah adalah elemen dalam melihat perkembangan manusia, keberanian menGGapai harapan adalah nukilan kehidupan seorang insan dalam berusaha mencapai Impiannya..
Popular Posts
-
Perpisahan lumrah dalam kehidupan, perpisahan mengajar kita ketabahan dalam menghadapi dugaan, perasaan dalam diri tergoncang akibat berla...
-
menilai hanya kerana Allah. Jangan Menilai Seseorang Hanya dengan Penglihatanmu sekarang Suatu saat mungkin engkau melihat seseorang ti...
Sunday, 9 October 2011
kisah APPLe
Kisah pohon epal..
“Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu…
Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata, “
Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.”
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannyamerasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagiselepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yangpernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yangsuka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.”
Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengangembira,” kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batangpohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengangembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namunbegitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakindimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalahanak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apelitu.”
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahkuuntuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangkuuntuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akaryang hampir mati…” kata pohon apel itu dengan nadapilu.”
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigiuntuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangpohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tuaitu.”
Jika begitu, istirahatlah di perduku,” kata pohon apel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangiskegembiraan.
Tersebut.
Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolongkita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dangembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakkan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.”
tertarik dengan artikel ini untuk dikongsi bersama, IIbubapa adalah segala-galanya untuk kita, Tanpa mereka, tidak akan wujudlah kita dimuka bumi ini, Ibu bapa hanya ada satu sahaja didunia ini,untuk kita, tiada apa sahaja yang mampu menggantikan tempat mereka. Bersyukurlah anda masih mempunyai ibubapa, hargai mereka, kenangi jasa mereka, sesungguhnya berbuat baiklah pada mereka adalah tanggungjawab KITA. jangan sampai kamu semua terlambat,...
Friday, 30 September 2011
pencil dan pemadam
Pensil: Saya minta maaf..
Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.
Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapa...n saya.
Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir..
subhanallah, indah nya sahabat ibarat pemadam:)..
Alangkah beruntung sekiranya kita mempunyai sahabat yang mulia seperti pemadam,hari ini bukan mudah untuk mencari sahabat yang sudi membetulkan kesilapan kita dengan Ikhlas.
oleh itu sekiranya ada memiliki sahabat seperti pemadam, hargailah mereka.. sbb mungkin itulah satu dalam seribu sahabat yang kita cari..
Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.
Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapa...n saya.
Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir..
subhanallah, indah nya sahabat ibarat pemadam:)..
Alangkah beruntung sekiranya kita mempunyai sahabat yang mulia seperti pemadam,hari ini bukan mudah untuk mencari sahabat yang sudi membetulkan kesilapan kita dengan Ikhlas.
oleh itu sekiranya ada memiliki sahabat seperti pemadam, hargailah mereka.. sbb mungkin itulah satu dalam seribu sahabat yang kita cari..

Tuesday, 13 September 2011
luahan perasaan
Pencarian perubahan yang diperlukan membawa aku menjumpai sesuatu yang baru dalam hidupku.. Aku mengerti tekanan dan konflik jiwa membawa aku terus hanyut dalam lautan kehidupan yang penuh cabaran. aku perlu berhenti disuatu tempat untuk persinggahan dan berehat. Mengumpul tenaga dan juga membaiki setiap kerosakkan yang berlaku terhadapku. Aku memerlukan bantuan dan juga pertolongan.. aku berikrar didalam hidupku bahawa aku akan terus berusaha untuk Mencapai Harapan dan juga menerapkan nilai ERTi hidup Pada Memberi Kepada YaNg pasti. Aku telah kehilangan banyak kawan, aku telah kehilangan banyak saudara, aku telah kehilangan teman. sekarang adalah masanya untuk mencari mereka.. MAAF kan aku wahai orang yang pernah mengenali diri KU ini, . perkongsian satu keperluan. hidup tidak bermakna tanpa ada rasa kasih dan sayang.. :)
Sunday, 12 June 2011
PeRPISAhan PErSaHabaTan
Perpisahan lumrah dalam kehidupan, perpisahan mengajar kita ketabahan dalam menghadapi dugaan, perasaan dalam diri tergoncang akibat berlakunya perpisahan, kenyataan memang adalah satu kebencian apabila berlakunya perpisahan, aku ungkapkan sebuah sajak yang menarik perhatianku dalam mentafsirkan erti perpisahan dalam persahabatan. bercakap memang mudah tentang perpisahan tetapi sebenarnya ia kan memberi kesan terhadap perasaan, jiwa ,semangat,kesetiaan dan juga kepercayaan, perpisahan bukan alasan untuk kegagalan tetapi permulaan untuk mencapai kejayaan..
PErPIsaHan PerSahabatan
Inilah yang selalu kukatakan
kehidupan bagaikan roda yang sedang berputar
dan sentiasa berubah mengikut pusinganya
Tak tau bagaimana lajunya putaran itu
tetapi roda akan tetap berputar
![]() |
selepas convoncation |
Dalam setiap perjalanan
kita merantai kisah
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
Semuanya berpadu dalam ikatan
Persahabatan
kita merantai kisah
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
Semuanya berpadu dalam ikatan
Persahabatan
![]() |
HOT_LINER |
Ada kalanya kita berselisih
tapi lebih banyak berbagi kasih
Ada kalanya kita egois
tapi lebih banyak saling mengerti
Ada kalanya kita tak sejalan
tapi lebih banyak kita bergandingan tangan
tapi lebih banyak berbagi kasih
Ada kalanya kita egois
tapi lebih banyak saling mengerti
Ada kalanya kita tak sejalan
tapi lebih banyak kita bergandingan tangan
Jarum jam adalah saksi
berapa waktu telah kita lalui
Bulan dan langit malam adalah kawan
saat dera kesibukan menjelang pemeriksaan
tidak ku kisah tidur dan tempal tinggalku
semua menjadi saksi
betapa berertinya seorang kawan
berapa waktu telah kita lalui
Bulan dan langit malam adalah kawan
saat dera kesibukan menjelang pemeriksaan
tidak ku kisah tidur dan tempal tinggalku
semua menjadi saksi
betapa berertinya seorang kawan
Tapi hidup adalah perubahan kawan
Sekali lagi ku katakan
Seperti aliran air hujan dalam sajak yang kau sukai
Kemana pun alirannya mereka berguna
Begitupun kita
Bagaimana pun perputarannya
menuju pada arah yang sama
: Kebaikan
Sekali lagi ku katakan
Seperti aliran air hujan dalam sajak yang kau sukai
Kemana pun alirannya mereka berguna
Begitupun kita
Bagaimana pun perputarannya
menuju pada arah yang sama
: Kebaikan
![]() |
Lecturer Muda KPTM |
Hari-hari tak akan sama lagi
nikmati saja perubahannya
kelak kau akan merasa
semuanya menjadi terbiasa
meski pun tanpa aku lagi…
nikmati saja perubahannya
kelak kau akan merasa
semuanya menjadi terbiasa
meski pun tanpa aku lagi…
Persahabatn adalah satu pinjaman bukan hak milik.....
Thursday, 26 May 2011
PeNiLaiAn TeNTaNg ManuSIa
![]() |
menilai hanya kerana Allah. |
Jangan Menilai Seseorang Hanya dengan Penglihatanmu sekarang
Suatu saat mungkin engkau melihat seseorang tidak berkelakuan baik seperti yang kau fikirkan dan harapkan. Lalu engkau menilainya buruk, tidak berperikemanusiaan, tidak memiliki simpati dan empati seperti yang kau bayangkan. Bahkan mungkin engkau merasa lebih baik darinya, kerana di saat itu engkau merasakan kau membuat baik ketika ia tidak.
Berhati-hatilah…. engkau mungkin sedang tertipu… Bahkan engkau mungkin sedang salah menilai seseorang. Jika engkau menilainya hanya dengan apa yang kaulihat sekarang, maka akuilah bahwa engkau pun sering tidak berbuat baik ketika orang-orang lain melakukannya. Dan sebagian dari keadaan tertentu menyebabkam engkau untuk tidak berbuat baik.
Misalnya kerana engkau sedang tidak mampu melakukannya, atau rezekimu sedang ditahan Tuhan, atau tanganmu tidak sedang memegang peluang, atau engkau memang tidak tahu bahawa saat itu seharusnya engkau berbuat baik kepada orang lain, atau mungkin engkau sedang merencanakan sebuah kebaikan yang tidak diperkirakan orang…
Dan saat itu, ketika engkau tidak berbuat baik tersebut, engkau berusaha memaafkan dirimu, dan membenarkan pilihan tindakanmu… Padahal, mungkin orang-orang yang melihatmu menilaimu dengan buruk. Tentu hatimu tidak menerima penilaian mereka, karena sesungguhnya engkau tidak seburuk yang mereka kira. Namun sayangnya, itulah yang mereka melihat darimu…
![]() |
Penilaian sangat Susah dan mencabar |
Maka, jika engkau tidak mau dinilai hanya dari apa yang mereka lihat darimu sekarang, maka janganlah menilai seseorang hanya berdasarkan penglihatanmu sekarang… Cobalah ingat-ingat, mungkin beberapa waktu atau hari yang lalu ia telah banyak berbuat baik ketika engkau justru tidak. Dan ia memaafkanmu, memaklumimu…
Penglihatan itu terbatas. Dan tidak setiap kebenaran bisa terlihat oleh pandangan. Penglihatan memang dibutuhkan untuk menyaksikan kebenaran. Tetapi kebenaran tidak selalu muncul dalam penglihatan….
Maka bersabarlah menilai seseorang… Ketergesaanmu memutuskan penilaian, akan menghijab matamu dari kebenaran…
Bandung, 28 Agustus 2010
Ashoff Murtadha
![]() |
lukisan sesuatu yang sangat subjektif dalam penilaian |
Dalam peribahasa inggeris menyatakan "don't judged book By Cover" dan perpatah melayu menyatakan "tidak kenal maka tidak cinta" 2 perpatah ini sering kita gunakan untuk menunjukkan penilaian seseorang itu buat kali pertama mungkin akan berlaku kesilapan. oleh sebab itu penilaian pertama mungkin hanya sekadar menjadi penanda aras kepada sesuatu penilaian. tetapi sebelum kita membuat penilaian kita hendaklah memahami keadaan dan situasi seseorang itu.. Melihat tidak sama dengan merasa, merasa tidak sama dengan memikul, setiap orang ada peranan masing-masing dalam kehidupan ini. kita perlu saling tolong menolong, memahami, bersatu, berkerjasama. dan yang paling penting hilangkan sifat menilai buruk kepada seseorang....... setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.. kita manusia hanya tahu merancang , hanya tuhan sahaja yang menentukannya.. setiap yang baik dan buruk pasti ada hikmah.. tugas kita hanya mencari setiap kebaikan dalam kehidupan......
Friday, 20 May 2011
Thank You ALLAH
Thank You Allah Lyrics
by: Maher Zain
![]() |
Add caption |
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Alhamdulillah…
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope…I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Alhamdulillah…
MEMBACA LIrik lagu maher zain ini menunjukkan bertapa besarnya kuasa Allah.... aku berserah kepadamu YA ALLAH berilah aku pertunjuk dijalan yag diredhaiMU.. aku bersyukur dilahirkan dalam Kebesaran Islam. ketenangan yang di cari hanya diperolehi apabila kita berserah kepadaNYA
Tuesday, 10 May 2011
Hobiku Di zaman SEKOLAH
Hobi merupakan satu tabiat yang sering kita lakukan dalam kehidupan ini, hobi juga merupakan satu aktiviti yang digemari oleh setiap manusia. Walaupun kita sedar ataupun tidak hobi boleh dikelaskan dalam perbagai bentuk dan cara. Hobi bagi setiap manusia adalah berbeza mengikut tahap kesukaan,pengaruh,latar belakang,pendidikan dan kemampuan.
Apakah hobi anda? soalan itu mungkin popular ditanya kepada kita, waktu dibangku persekolahan, Guru dan kawan-kawan sering bertanya apakah hobi kita? dan pelbagai jawapan akan kita dengan dari setiap orang, hal ini kerana setiap orang didalam muka bumi ini dijadikan berbeza antara satu sama lain dan setiap orang ada keistimewaan tersendiri. adakah kita sedar hobi yang kita lakukan sewaktu kecil akan berterusan sehingga kita dewasa, walaupun ada kemungkinan hobi akan sentiasa berubah mengikut persekitaran, masa dan juga faktor-faktor lain, hobi adalah tetap hobi hal ini kerana seseorang akan cenderung untuk melakukan sesuatu yang mereka minati tanpa paksaan dan juga tekanan, hobi boleh memberikan banyak faedah kepada seseorang tetapi ada juga hobi yang membawa kepada keburukkan...
![]() |
Mendaki Gunung Liang |
hobi pertama ku diwaktu persekolahan adalah hadir ke aktiviti kokurikulum pada setiap hujung minggu di sekolah, diwaktu itu aku masih tidak mengerti ape2 pasal hobi, cuma aku tau aku sukakan sekolah, aku sentiasa mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. istilah bosan dengan aktiviti kokurikulum tidak ada langsung,cikgu disekolah ku selalu bertanya ' saofiean, apakah hobi kamu? aku selalu menjawab memancing, berkelah,mengumpul setem,tengok TV dan banyaklah lagi..tetapi itu cuma mungkin satu jawapan yang hanya untuk menjawab persoalan seorang guru.
![]() |
Kursus Pembantu Mahasiswa |
Hari ini aku semakin sedar hobiku yang sebenar, di waktu sekolah rendah, aku gemar menghadiri aktiviti kokurikulum disekolah, tidak kiralah ia berbentuk kelab,Persatuan ataupun sukan, aku akan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. aku masih ingat lagi satu kejadian dimana kelasku di bahagikan kepada 2 kumpulan, dan kami akan hadir kesekolah 2 minggu sekali untuk membuat aktiviti kokurikulum, tetapi akibat daripada hobiku yang pertama ini, , menyebabkn hampir setiap minggu aku akan datang ke sekolah, walaupun minggu itu bukan giliran kumpulan ku. oleh sebab itu hampir semua cikgu dah mengenaliku. nasib baiklah mereka tidak menghalau aku daripada menyertai aktiviti minggu tersebut. aktiviti kokurikulum memberikan aku kepuasan dalam memenuhi masa lapangku dan juga, aku mempelajari erti sebenar persahabatan.
![]() |
(aktiviti yang tak akan dilupakan) |
Hobiku yang kedua di alam persekolahan adalah menyertai aktiviti dan program lasak, seperti mendaki gunung, berkhemah, marathon dan juga berbasikal. Pada waktu itu aku sering mengikuti perkembangan pendakian menawan puncak everest 97 memberikan sumber inpirasi kepada ku. Pada usia 14 tahun aku dah berjaya mendaki puncak gunung ledang bersama dengan kawan2ku yang lebih senior.aku juga selalu berkhemah, menyertai aktiviti lasak dan menyertai aktiviti marhton dan paling aku ingat adalah aktiviti berbasikal dimana aku dan kawan-kawanku selalu kuar di waktu malam dengan menaiki basikal meronda sekitar bandar batu pahat untuk melihat gelagat manusia.
Dan diwaktu alam persekolahan juga aku mempunyai hobi yang agak nakal sedikit iaitu, suka duduk melepak di bustand batu pahat selepas pulang dari sekolah. hobi melepak ini kami lakukan pada ketika aku di tingkatan empat yang mana dikatakan waktu HoneymOON bagi kami. kami akan duduk melepak dan berjumpa dengankawan-kawan dari sekolah lain, bersembang, mengumpat dan lepak dikedai-kedai makan didalam bastand tapi kami tidak akan menggangu orang lain. selepa puas melepak barulah kami akan pulang kerumah. hobi ini memberi aku seribu Kenangan yang sukar untuk dilupakan dan banyak memberikan pengajaran.
Satu lagi hobi dizaman persekolahan adalah melepak bersama kawan2 di emporium summit waktu ketika itu,
hobi nie kami selalu lakukan diwaktu hujung minggu selepas habis program aktiviti disekolah , waktu nielah biasanya nak berkenalan dengan ramai orang terutama kawan2 perempuan dari sekolah lain. masih ingat lagi akibat daripada hobi nie aku selalu disindir oleh ahli keluargaku, sindiran yang sangat sweet,. 'angah dah tak nampak pintu rumah ke" kata ibu kepada ku , waktu itu aku hanya mampu tersenyum. aku sedar sindiran itu membawa seribu makna yang mendalam.
![]() |
(kelab fasilitator) |
Ramai dikalangan kawan-kawanku mengemari hobi bermain game play station dan game komputer., aku kurang dalam bab-bab macamni aku lebih gemarkan aktiviti luar. tetapi tidak bermakan aku tidak pernah bermain game, dalam persahabatan kita kena pandai menyesuaikan diri.dengan semua keadaan. Hobi yang seterusnya dizaman persekolahan adalah membaca buku. hobi ini terbit ketika aku hampir mengakhiri zaman persekolahan .
Ketika di tingkatan enam aku sedar aku perlu banyak membaca untuk menambahkan ilmu pengetauhan dan mulai saat itu aku dah mula untuk mencari buku-buku yang berjaya menarik minatku. antara buku kegemaran ku adalah membaca buku-buku motivasi. melalui buku banyak perkara yang aku pelajari. Ingat lagi semasa di tingkatan enam kami tiada buku rujukan utama, oleh sebab itu aku perlu membaca banyak buku untuk mendapatkan kefahaman yang berbeza.dari situlah minat dan hobiku untuk membaca bertambah, walaupun agak pelik bagi sesetengah orang kerana sepatutnya hobi membaca perlu ditanam dan dipupuk sewaktu kecil lagi.tapi bagi aku hobi perlu dilakukan dengan keikhlasan dari hati dan bukan secara paksaan tidak kiralah bila-bila pun masanya... bila terbit kemahuan disitu akan wujud jalannya. aku tertarik dengan satu petikan didalam buku La Tahzan @ jangan bersedih tulisan DR. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni yang mengatakan sebaik-baik teman sejati adalah BUKU.
![]() |
Buku yang paling Memberi kesan |
Kebanyakkan hobiku di zaman sekolah masih aku teruskan di Alam menara gading dan di tempat kerja. kadang-kadang bila di fikirkan pasal hobi aku rasa terlalu banyak hobi mempengaruhi kehidupan ku, hobi adalah tempat untuk aku menzahirkan segalanya dalam kehidupanku.Pilihlah hobi yang membawa anda ke alam yang memberikan anda satu kenikmatan dalam kehidupan, penuhi masa dengan hobi yang membawa faedah kepada diri,.keluarga, agama dan masyarakat.
Monday, 9 May 2011
Permulaan dalam MenGGapai HaRaPan.
Keberanian menggapai harapan adalah satu platform untuk diriku berkongsi pengalaman dan juga pengetauhan didalam kehidupan sesama manusia. Platform ini memberi peluang yang baik untuk diriku yang cuba meluahkan buah fikiran,pendapat ,idea dan juga perasaan dalam bentuk tulisan yang boleh dibaca oleh rang lain, perkonsian ini adalah pengalaman yang berlaku dalam apa jua keadaan yang terjadi sepanjang kehidupan ku,
seperti kata bijak pandai dalam mencapai ape jua kejayaan kita kene mulakan dengan langkah pertama, inilah langkah pertama dalam diriku untuk menggapai harapan masa depan, semoga blog ini memberikan anda sesuatu dalam pengkonsian kehidupan kita bersama.. MSB 10/5/11..
ketika peredaran masa terus berlalu seiring dengan perkembangan teknologi, pemikiran manusia semakin maju dalam usaha menggapai harapan, inilah permulaan kepada diriku untuk mencuba satu permulaan yang baru dalam hidup. semoga platform ini dapat memberikan , kekuatan dan juga pengalaman yang bermakna dalam hidupku.
seperti kata bijak pandai dalam mencapai ape jua kejayaan kita kene mulakan dengan langkah pertama, inilah langkah pertama dalam diriku untuk menggapai harapan masa depan, semoga blog ini memberikan anda sesuatu dalam pengkonsian kehidupan kita bersama.. MSB 10/5/11..
Subscribe to:
Posts (Atom)