Kehidupan bukan satu ketentuan tetapi ia adalah pilihan.
Kehidupan bagaikan roda yang sentiasa berputar dari atas ke bawah,dari
bawah ke atas.
Kehidupan menjanjikan pengalaman pahit dan manis, racun dan penawar.
Kehidupan menyediakan ruang dan peluang untuk semua orang meniti
kejayaan dan kesusahan.
Kehidupan merupakan sejarah yang
menjadi ingatan dan khayalan yang dilupakan.
Kehidupan mengambil masa yang panjang untuk di bina tetapi masa yang
singkat untuk diruntuhkan.
Kehidupan mencerminkan siapa kita di mata orang lain, dan siapa orang
lain dimata kita.
Kehidupan perlukan sokongan dan bantuan bukan penindasan dan penipuan.
Oleh itu, nikmatilah kehidupan dengan sebaiknya. Bukan paksaan ataupun arahan kehidupan
memerlukan kita untuk membuat pilihan setiap hari, mungkin ada yg mudah, ada yg sukar, tetapi itu
semua bergantung kepada pengalaman, pengetauhan, pemerhatian,
kebijaksanaan, perasaan,dan Iman kita. Buatlah pilihan dengan bijak,
menggunakan akal fikiran yang waras dan hati yang tenang kerana ia sangat
penting untuk kita dan juga orang-orang
disekeliling kita....
MSB aug 2012
No comments:
Post a Comment