Popular Posts

Thursday, 15 May 2014

TERIMA KASIH CIKGU

Sajak yang selalu aku baca dan aku renungkan dalam setiap detik kehidupan ku agar aku sedar siapa diriku dan agar aku tahu tiada insan lain selepas keluarga aku yang sanggup meluangkan masa, tenaga, dan wang ringgit untuk memastikan kejayaan masa depan aku, 

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah di Hujung Desa
Dia adalah guru mewakili seribu buku.

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

terima kasih cikgu, SRKL2, SDBL.UM.UKM
jasamu terpahat
di setiap sanubari ku,
di setiap langkah
di setiap kenanganku..

Wednesday, 2 January 2013

azam

Apabila bercakap pasal tahun baru, mesti kita akan membincangkan pasal azam dan semangat baru kita setiap tahun, biasanya azam pada awal tahun sangat kuat, dan sangat mendorong kita untuk melakukannya, seperti kalau sebagai seorang pelajar biasanya diawal musim persekolahan nie, mereka mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya di peperiksaan akhir tahun, kalau yang menghadapi peperiksaan PMR,SPM DAN STPM mereka kan pastikan mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam itu.  tetapi ape yang saya alami, mesti pada waktu ini saya sebagai seorang pelajar sekolah, saya akan datang awal ke sekolah, pada waktu ini saya akan membeli buku-buku motivasi untuk meningkatkan semangat dan azam saya, pada waktu ini, saya akan menconteng atau mencatatkan sesuatu dalam diari saya untuk meluahkan azam saya, tetapi adakah azam itu akan bertahan sehingga akhir tahun? melalui pengalaman saya,  saya melihat diri saya akan sedikit terlupa tentang azam dan semangat saya di pertengahan tahun, s kemungkinan disebabkan aya sedikit lalai sehingga pada  satu ketika dimana masa hampir tiba untuk  waktu peperiksaan baru saya teringat kembali azam dan semangat  saya di awal tahun, menyebabkan saya tidak mempunyai cukup masa untuk melaksanakan azam saya zam yg ingin dilaksanakan.. ternyata tahun 2012 memberi kesan ke dalam hidup saya,  

Wednesday, 26 December 2012

MEmOtIvaSikan Diri,

MOTIVASI   mengikut kamus dewan adalah  keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan. motivasi sering di digunakan untuk menjadi pendorong kepada kejayaan, setakat ini semua orang yang berjaya dalam kehidupan di dunia hari ini, mereka mempunyai motivasi untuk berjaya dalam hidup mereka. sebagai contoh bagaimana mediang Lim Goh Tong membina pusat Peraginan di atas bukit yang pada masa itu dianggap mustahil dan tidak munasabah tetapi atas dorongan motivasi yang kuat dalam diri beliau, Lim goh tong hari ini membuktikan kepada dunia impian dan harapannya melihat pusat peranginan diatas bukit genting sempah berjaya. selain itu, kita juga masa kini melihat Tony fernandes dalam usaha mengembangkan perniagaan perhidmatan kapal terbang tambang Murah dalam masa yang bergitu singkat Airasia telah berjaya menjadi persaing sengit kepada syarikat airline malaysia, keberanian dalam mengampai dan mungkin contoh yang paling mudah sekali untuk difahami adalah bagaiman syed mohtar albuhary menjadi seorang jutawan dan juga beliau diantara dalam senarai 10 orang terkaya di malaysia. ia bermula dengan motivasi untuk memajukan diri dan juga mengubah kehidupan keluarga dan melalui peluang dan diberikan dan semangat juang yang tinggi menyebabkan beliau berjaya mengubah kehidupan mereka. semuanya bermula dengan motivasi diri....

Permulaan

Assalamualaikum, sudah lama membiarkan blog ini sepi dan sunyi seperti tiada tuan yang mengambil berat, rasanya mungkin terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dan juga sifat malas yang masih berleluasa didalam diri menyebabkan tiada masa untuk melihat blog ini, tetapi In sha Allah,  itu semua akan berakhir, aku aku cuba mengatasi sifat malsku didalam diri, berjanji meluangkan sedikit masa setiap hari untuk mencoretkan kehidupan untuk dikongsi oleh semua orang, bukan mengharapkan kesempurnaan tetapi mungkin sebagai latihan untuk menulis, mungkin juga sebagai media dan tempat untuk mencoretkan kenangan manis,pahit,masam,sakit dan lain lain lagi. selain itu mungkin ini adalah medium terbaik menyampai ilmu yang ingin dikongsikan bersama semua orang... In Shaa Allah, semuanya akan bermula dengan langkah pertama... keberanian menggapai Harapan  

Sunday, 12 August 2012

KEHIDUPAN KITA






Kehidupan bukan satu ketentuan tetapi ia adalah pilihan.

Kehidupan bagaikan roda yang sentiasa berputar dari atas ke bawah,dari bawah ke atas.

Kehidupan menjanjikan pengalaman pahit dan manis, racun dan penawar.

Kehidupan menyediakan ruang dan peluang untuk semua orang meniti kejayaan dan kesusahan.

Kehidupan merupakan sejarah yang  menjadi ingatan dan khayalan yang dilupakan.

Kehidupan mengambil masa yang panjang untuk di bina tetapi masa yang singkat untuk diruntuhkan.

Kehidupan mencerminkan siapa kita di mata orang lain, dan siapa orang lain dimata kita.

Kehidupan perlukan sokongan dan bantuan bukan penindasan dan penipuan.

Oleh itu, nikmatilah kehidupan dengan sebaiknya.  Bukan paksaan ataupun arahan kehidupan memerlukan kita untuk membuat pilihan setiap hari,  mungkin ada yg mudah, ada yg sukar, tetapi itu semua  bergantung kepada pengalaman, pengetauhan,  pemerhatian, kebijaksanaan, perasaan,dan Iman kita. Buatlah pilihan dengan bijak, menggunakan akal fikiran yang waras dan hati yang tenang kerana ia sangat penting untuk kita dan juga  orang-orang disekeliling kita.... 


                                                                                                            MSB aug 2012

Sunday, 9 October 2011

kisah APPLe





Kisah pohon epal..
“Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu…
Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata, “

Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.”
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannyamerasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagiselepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yangpernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yangsuka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.”
Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengangembira,” kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batangpohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengangembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namunbegitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakindimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalahanak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apelitu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahkuuntuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangkuuntuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akaryang hampir mati…” kata pohon apel itu dengan nadapilu.”
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigiuntuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangpohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tuaitu.”

Jika begitu, istirahatlah di perduku,” kata pohon apel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangiskegembiraan.
Tersebut.
Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolongkita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dangembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakkan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.” 



tertarik dengan artikel ini untuk dikongsi bersama,  IIbubapa adalah segala-galanya untuk kita, Tanpa mereka, tidak akan wujudlah kita dimuka bumi ini, Ibu bapa hanya ada satu sahaja didunia ini,untuk kita, tiada apa sahaja yang mampu menggantikan tempat mereka. Bersyukurlah anda masih mempunyai ibubapa, hargai mereka, kenangi jasa mereka, sesungguhnya berbuat baiklah pada mereka adalah tanggungjawab KITA. jangan sampai kamu semua terlambat,...


Friday, 30 September 2011

pencil dan pemadam

Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapa...n saya.

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir..

subhanallah, indah nya sahabat ibarat pemadam:)..  


Alangkah beruntung sekiranya kita mempunyai sahabat yang mulia seperti pemadam,hari ini  bukan mudah untuk mencari sahabat yang sudi membetulkan kesilapan kita dengan Ikhlas.


oleh itu sekiranya ada memiliki sahabat seperti pemadam, hargailah mereka.. sbb mungkin itulah satu dalam seribu sahabat yang kita cari..