sejarah adalah elemen dalam melihat perkembangan manusia, keberanian menGGapai harapan adalah nukilan kehidupan seorang insan dalam berusaha mencapai Impiannya..
Popular Posts
-
Perpisahan lumrah dalam kehidupan, perpisahan mengajar kita ketabahan dalam menghadapi dugaan, perasaan dalam diri tergoncang akibat berla...
-
menilai hanya kerana Allah. Jangan Menilai Seseorang Hanya dengan Penglihatanmu sekarang Suatu saat mungkin engkau melihat seseorang ti...
Wednesday, 26 December 2012
Permulaan
Assalamualaikum, sudah lama membiarkan blog ini sepi dan sunyi seperti tiada tuan yang mengambil berat, rasanya mungkin terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dan juga sifat malas yang masih berleluasa didalam diri menyebabkan tiada masa untuk melihat blog ini, tetapi In sha Allah, itu semua akan berakhir, aku aku cuba mengatasi sifat malsku didalam diri, berjanji meluangkan sedikit masa setiap hari untuk mencoretkan kehidupan untuk dikongsi oleh semua orang, bukan mengharapkan kesempurnaan tetapi mungkin sebagai latihan untuk menulis, mungkin juga sebagai media dan tempat untuk mencoretkan kenangan manis,pahit,masam,sakit dan lain lain lagi. selain itu mungkin ini adalah medium terbaik menyampai ilmu yang ingin dikongsikan bersama semua orang... In Shaa Allah, semuanya akan bermula dengan langkah pertama... keberanian menggapai Harapan
Sunday, 12 August 2012
KEHIDUPAN KITA
Kehidupan bukan satu ketentuan tetapi ia adalah pilihan.
Kehidupan bagaikan roda yang sentiasa berputar dari atas ke bawah,dari
bawah ke atas.
Kehidupan menjanjikan pengalaman pahit dan manis, racun dan penawar.
Kehidupan menyediakan ruang dan peluang untuk semua orang meniti
kejayaan dan kesusahan.
Kehidupan merupakan sejarah yang
menjadi ingatan dan khayalan yang dilupakan.
Kehidupan mengambil masa yang panjang untuk di bina tetapi masa yang
singkat untuk diruntuhkan.
Kehidupan mencerminkan siapa kita di mata orang lain, dan siapa orang
lain dimata kita.
Kehidupan perlukan sokongan dan bantuan bukan penindasan dan penipuan.
MSB aug 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)