Popular Posts

Friday 30 September 2011

pencil dan pemadam

Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapa...n saya.

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir..

subhanallah, indah nya sahabat ibarat pemadam:)..  


Alangkah beruntung sekiranya kita mempunyai sahabat yang mulia seperti pemadam,hari ini  bukan mudah untuk mencari sahabat yang sudi membetulkan kesilapan kita dengan Ikhlas.


oleh itu sekiranya ada memiliki sahabat seperti pemadam, hargailah mereka.. sbb mungkin itulah satu dalam seribu sahabat yang kita cari..

Tuesday 13 September 2011

luahan perasaan

Pencarian perubahan yang diperlukan membawa aku menjumpai sesuatu yang baru dalam hidupku.. Aku mengerti tekanan dan konflik jiwa membawa aku terus hanyut dalam lautan kehidupan yang penuh cabaran. aku perlu berhenti disuatu tempat untuk persinggahan dan berehat. Mengumpul tenaga dan juga membaiki setiap kerosakkan yang berlaku terhadapku. Aku memerlukan bantuan dan juga pertolongan.. aku berikrar didalam hidupku bahawa aku akan terus berusaha untuk Mencapai Harapan dan juga menerapkan nilai ERTi hidup Pada Memberi Kepada YaNg pasti. Aku telah kehilangan banyak kawan, aku telah kehilangan banyak saudara, aku telah kehilangan teman. sekarang adalah masanya untuk mencari mereka.. MAAF kan aku wahai orang yang pernah mengenali diri KU ini, . perkongsian satu keperluan. hidup tidak bermakna tanpa ada rasa kasih dan sayang.. :)