Popular Posts

Sunday 12 August 2012

KEHIDUPAN KITA






Kehidupan bukan satu ketentuan tetapi ia adalah pilihan.

Kehidupan bagaikan roda yang sentiasa berputar dari atas ke bawah,dari bawah ke atas.

Kehidupan menjanjikan pengalaman pahit dan manis, racun dan penawar.

Kehidupan menyediakan ruang dan peluang untuk semua orang meniti kejayaan dan kesusahan.

Kehidupan merupakan sejarah yang  menjadi ingatan dan khayalan yang dilupakan.

Kehidupan mengambil masa yang panjang untuk di bina tetapi masa yang singkat untuk diruntuhkan.

Kehidupan mencerminkan siapa kita di mata orang lain, dan siapa orang lain dimata kita.

Kehidupan perlukan sokongan dan bantuan bukan penindasan dan penipuan.

Oleh itu, nikmatilah kehidupan dengan sebaiknya.  Bukan paksaan ataupun arahan kehidupan memerlukan kita untuk membuat pilihan setiap hari,  mungkin ada yg mudah, ada yg sukar, tetapi itu semua  bergantung kepada pengalaman, pengetauhan,  pemerhatian, kebijaksanaan, perasaan,dan Iman kita. Buatlah pilihan dengan bijak, menggunakan akal fikiran yang waras dan hati yang tenang kerana ia sangat penting untuk kita dan juga  orang-orang disekeliling kita.... 


                                                                                                            MSB aug 2012